Monday, May 25, 2009

PROJEK KOMUNITI KEDAI.KOM

PENGENALAN

Mulai dari tahun 2008, setiap Kedai.kom telah ditugaskan untuk mengadakan projek komuniti. Antara projek yang telah dijalankan adalah projek membantu warga emas, membersih kubur, membina rumah hijau, mempromosi produk kampung dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini, kami dari Team Tapah Road bercadang untuk membuat projek anak angkat. Program ini dicadangkan diadakan dikawasan pekan Tapah Road dan sekitarnya. Perbincangan akan dibuat dengan Penghulu Mukim dan ketua-ketua kampung bagi menggalakkan penglibatan komuniti dengan projek ini.

OBJEKTIF

Objektif kami adalah untuk :

  • mengeratkan silaturahim agar anak angkat yang kami bawa dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan
  • memberi peluang kepada penduduk tempatan agar dapat mengenali anak angkat yang tinggal dikalangan mereka
  • mempromosi tempat kami sebagai salah satu destinasi pelancongan
SASARAN
Terdapat dua golongan sasaran untuk program ini, iaitu :

1. Anak angkat yang terdiri dari anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih, Teluk Intan
2. Ibu bapa yang sudi menempatkan anak angkat ini dirumah mereka

JAWATANKUASA PROGRAM









Mazlan bin Johari
Pengerusi/Penyelaras Projek









Haji Sabran bin Mohamad
Penasihat Projek


AHLI JAWATANKUASA








Pn. Farhana bt Husin

Setiausaha